- Kita membesar dgn menonton G-Force,Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunksn Mickey Mouse.Not to forget Ninja Turtles, Mask,Smurfs dan Voltron.
- Berus gigi time waktu rehat kat skolahrendah?...hmm, mesti pegang cawanwarna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgnclassmates semua kat seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn listdentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat biliksebelah. ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.
- Yang ni sure korang ingat...program minum susu di skolah.nak galakkan budak2 timetuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
- cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?
- semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jekkat kantin.time skolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata, BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
- Internet? email? Menda alah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
- Tiket wayang pun 5 inggit je.
- Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dalam die,'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,KIKI Bubble Gum.tak dilupakan, 'Ti Kam'.
- Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,Happy Family laa dalam class...tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak2 yang dapat Rancangan MakananTambahan (RMT) mesti keluar awal.
- Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...mmmm
- Kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen, yang tube aiskrim, ada banyak2 color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!
- Lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni...baling2 kapur laa.
- Hmm...budak2 sekarang, diorang mana pernah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...'?... lagu 'Uptown Girl' yang diorang tau,yang Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
- Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
- AIDS wujud sejak diorang lahir.CD pun wujud time diorang lahir.
- Michael Jackson dah putih dah time tu.Diorang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.
- Diorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
- Diorang tak pernah tau pun 'Atari' dengan 'Game & Watch'.
- Diorang tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan diorang sekarang tak reti nak switch on TV kalau takde remote control.
- Diorang tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone...
Hmmmm....jom kita check, kita ni dah tua ke?:
Korang paham apa yang korang baca kat atas ni? Korang sure tersenyum kan? Kebanyakan member-member sekolah menengah kite dah kawin. Korang sure pelik bila tengok budak-budak kecik main komputer, selamba je. Kita geleng kepala bila tengok budak-budak sekolah menengah guna handphone.
Kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari. Bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lama...Inilah perjalanan masa kita yang lahir era 70'an-80'an dulu...Terlalu indah bukan?

1 comment:
windu beb time2 nie.....
Post a Comment