Friday, May 16, 2008

Sejenak ku melakar...sebuah mimpi.

Bila Tiba Masanya...

Dalam denyutan masa yang kian pantas, aku turut lemas dalam didalamnya.1 tahun 8 bulan..suatu tempoh masa yang mengubah hidup.

Dari seorang DeeJay Pusat Hiburan hingga ke dunia penulisan
aku lalui.Semua itu permainan dan rencah kehidupan yang terpaksa dilalui.

Ya Allah!..Aku bersyukur padaMU kerana sentiasa bersama dan mendengar segala jerih-perih dan kepayahan yang dialami.Aku kian matang bersama usia yang semakin tua.

Bila tiba masanya, tiada sesuatu pun akan dilewat dan dipercepatkan.Segalanya kejab bersama lingkaran takdir yang ditentukanNYA.Kadang-kala, aku terkesima dengan segala perubahan yang berlaku.Nyata aku tidak bersedia untuk semua ini.

Segalanya adalah takdiran yang diatur, punya hikmah disebaliknya.Dan ketika ini, aku harus bersedia untuk segala kenungkinan yang bakal datang.Benarkah aku akan tamatkan zaman bujangku?arghh..bagaikan mimpi kerana...ianya sememangnya mimpi.

Bila tiba masanya…aku akan pergi. Terbang bebas membawa impian yang menggunung.Aku harus pergi.Kerana aku seorang lelaki sejati.Lelaki sejati perlu berubah dan berani membawa perubahan dalam hidupnya.

Aku..arjuna kesepian yang menanti kunjungan kasih dan rahmat sebuah cinta.Pencarian yang tidak pernah menemukan nokhtahnya.Pencarian yang tidak akan pernah berakhir…

0 comments:

Video Bar

Loading...