"""Kasih Ibu...Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai RM 4.00
2)Tolong jaga adik RM 4.00
3) Tolong buang sampah RM 1.00
4) Tolong kemas bilik RM 2.00
5) Tolong siram bunga RM 3.00
6) Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah : RM17.00Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibumencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yangdituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "TelahDibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.
Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who'snext? My Mother!
*Moralnya, biarpun seringkali tiba hari ibu...kita pasti menerima mesej sebegini, namun jika dihayati...begitulah pengertian sebenar kasih sayang seorang ibu...
masih sempat lagi...Selamat Hari Ibu buat bonda tercinta...Puan Habsah bte Hj. Alias

No comments:
Post a Comment